Saturday, 12 January 2008

Sekadar Nak Kongsi...

Ini adalah perkongsian yang ana tulis di dalam karisma-operasi.

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat penggerak perjuangan Islam. Moga Allah sentiasa memberkati kita dan sentiasa meredhai setiap gerak kerja kita demi melihat sinar Islam kembali menyuluhi pelusuk dunia.


Ada pepatah menyatakan, langkah yang ke seribu bermula dengan langkah yang satu. Jika langkah pertama tidak dimulakan, manakan ingin menjangkau langkah yang ke seribu. Begitu juga kita para penggerak dakwah, biarpun pada peringkat awal, mungkin jumlah kita sedikit, apatah lagi pelbagai cabaran menimpa untuk menanggung segala mehnah dan tribulasi dalam menggerakkan usaha-usaha mendaulatkan agama Allah. Sirah perjuangan Rasul SAW menjadi motivasi yang cukup bermakna bagi penggerak dakwah. Kesusahan yang di alami oleh Baginda Rasul ketika awal Islam lebih hebat tentangannya daripada apa yang kita alami. Begitu juga nilai istiqamah para sahabat yang rata - ratanya terdiri dari golongan pemuda menjadi satu "booster" kepada kita seandainya kita menghayati dengan sepenuh jiwa laluan dakwah mereka. Moga Allah sentiasa merahmati mereka.InsyaAllah.


Alhamdulllah, hari cuti minggu. Semalam bersama usrah adik2 junior di kolej ini. Dan pagi ini kami adakah riadah bersama. Ini lah kali pertama kami adakan riadah bersama untuk semester ini yang baru bermula sejak dua minggu lepas. Alhamdulillah, sedikit usaha ini menampakkan kesungguhan adik2 untuk menggerakkan usaha2 dakwah. Bagaimana dalam usrah mingguan pun, setiap kali usrah ada pertambahan mad'u baru. Ahamdulillah, dari dua minggu lepas yang mana telah dua kali usrah di jalankan sudah ada pertambahan 3 mad'u baru. Dan pada pagi ini, riadah yang kami jalankan beberapa orang pelajar yang belum join usrah pun turut serta dan merasai betapa eratnya hubungan silaturahmi dalam amal jamaie. Kami pagi tadi berjongging kurang lebih 4km dari jam 7.20 pagi hingga jam 9.00 pagi. Dan aktiviti ini ana jemput sahabat ana, seorang pelajar yang cekap dlm physical education untuk memimpin kami. Walaupun dia belum lagi bersama halaqah usrah, tapi insyaAllah moga2 satu ketika akan bersama dengan kita. Malah aktiviti kami ini juga, kami mempelawa sahabat yang non muslim utk bersama dengan matlamat memahami ikatan ukhwah dalam persaudaran Islam. Moga2 ia menjadi salah satu agenda dalam dakwah masyarakat majmuk di kampus yang kecil ini.


Aktiviti kami pagi ini menjadi perhatian bangsa-bangsa lain yang berlainan agama dengan kita. Pendekatan yang lebih Islamic dan menyerlahnya gambaran ukhwah fillah membuatkan mereka turut bersama kami melakukan aktiviti riadah bersama kami di taman rekreasi Bukit Dumbar. Alhamdulillah.


InsyaAllah, cita-cita kami, seluruh masyarakat kampus akan bersama dengan kami. Dan adik2 ikhwah yang istiqamah ini menjadi model kepada pelajar2 lain dalam merencana nilai-nilai hidup yang lebih unggul untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.


Sekadar ini sahaja perkongsian dari ana dari kampus Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (i4p). Teruskan gerak kerja kita. FIDAK 2015 indaman kita. Moga2 kita menikmati KEINDAHAN BERSAMA ALLAH, RASUL, IBU BAPA DAN TEMAN2.


Salam ukhwah, salam 3S, salam PERJUANGAN. SALAM KEINDAHAN BERSAMA MU...


ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

No comments: