Sunday 27 April 2008

Dah Lama Ku Tak Menulis

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama aku tak menulis di blog ini. Lantaran kesibukan menyiapkan pelbagai tugasan terutama yang berkaitan dengan hal praktikum yang baru berakhir pada 25 April 2008. Satu pengalaman indah yang ku temui di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas bersama adik - adik pelajar yang pelbagai ragam. Tapi alhamdulilallah ,kemesraan antara aku dan adik- adik pelajar ku terjalin erat. Masih keep in touch dengan mereka.

Hari ni pulak baru habis mengendalikan program Kursus Pra Perkahwinan Islam 2008. Agak sibuk sebagai Pengarah Program KPPI - 08 ini. Tetapi, dengan kekuatan yang Allah SWT anugerahkan kepadaku bersama sokongan padu adik-adik ikhwah akhawat yang bertungkus lumus inginkan kejayaan kursus ini dianjurkan, maka tercapai juga apa yang kita hajati. Kali terakhir institut ini menganjurkan program Kursus Pra Perkahwinan Islam ialah 4 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih di Year 1 degree juga memikul amanah sebagai pengarah program. Ku harapkan, apa yang telah dilaksanakan, adik -adik ku ikhwah dan akhwat dapat mengambil pengajaran bagaimana untuk melaksanakan program ini. Aku cetuskan idea untuk anjurkan kursus ini adalah untuk membantu mencari sumber kewangan persatuan yang adik - adik ikhwah akhwat dokongi. Tiada apa untuk diriku yang hanya tinggal seketika waktu sahaja lagi untuk bersama kalian di sini. Ku harapkan dari pada mu adik-adik ku ikhwah akhwat untuk terus semarakkan gerak kerja dakwah di institut ini khususnya. Aku hanya insan biasa, sumbangan ku bersama kalian tidak seberapa. Kenangan-kenangan ini bersama kalian akan tetap ku kenang sampai bila - bila.

Keindahan Bersama MU...satu slogan yang tidak asing lagi bagiku. Program motivasi bersepadu yang ku kendalikan ini insyaAllah akan terus ku gerakkan demi untuk memastikan keberlangsungan dakwah a'mmah di dalam masyarakat. Fasilitator - fasilitator baru dan bakal - bakal pengendali akan ku cuba lahirkan untuk mengantikan posisi ku sebagai pengendali Keindahan Bersama MU setelah ketiadaanku nanti, kerana aku belum pasti kemana akan ku di"postingkan".Janjiku pada diriku, akan ku lahirkan insan - insan yang lebih jauh hebat gerak kerja dakwahnya dari diriku.

Setakat ini dulu coretanku kali ini.

Sayang selalu..salam 3S...Hayatilah,
Indahnya bersama Ilahi
Indahnya bersama Rasul
Indahnya bersama Ibu Ayah
Indahnya bersama Teman-teman
Indahnya bersama di Jalan Dakwah

Love U So Much...

by,
Mohd Fairuz Jafar