Friday 10 October 2008

Kerana Rindukan Tarbiyah...

Membantu mengusung motor sahabat. Aku di kanan sekali...

Merentasi batang balak...aku sedang menolak motorku...


Inlah antara sahabat-sahabat ku...Aku (paling kiri), Abg Zack (jaket merah) dan Mat Yee

8 Oktober 2008 ( Rabu )



Setiap hari Rabu, hari wajib untuk aku keluar dari SK Menson, keluar dari hutan belantara menunggang motosikal ku bernombor AGN 2287. Ini kerana setiap hari Rabu pada malamnya merupakan malam yang sering ku rindui. Setiap hari Rabu malam, aku akan bertemu dengan ikhwah dan akhwat yang bersama dalam halaqah. Halaqah yang baru dibina bermula Ramadhan yang lalu.Jauh di pedalam, memang jiwa ini amat merindui tarbiyah. Apatah lagi, suasana di Cameron Highland ini seolah - olah gersang dari tarbiyah. Sesukar manapun, aku mesti keluar dari hutan ini untuk berusrah ! Setiap malam di SK Menson, waktu pertang hingga ke pagi hari keesokannya hujan mencurah - curah. Cuaca mulai mendung sekitar jam 4 petang dan awan hitam memayungi penduduk kawsan ini.



Jam 2 petang, aku bertolak ke Ringlet menuju ke kediaman yang aku sewa bersama teman -teman di Evergreen Villa. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih satu jam. Bila hari tak hujan, jalan - jalan yang mesti ditempuh agak kering dan berdebu tebal. Memang agak mencabar kerana jalan licin kerana debu tebal, apatah lagi untuk mendaki bukit - bukit tinggi.



Petang, aku memandu kereta kecilku ke Tanah Rata ke rumah seorang ikhwah. Singgah makan di sebuah gerai di Tanah Rata sementara menantikan berkumandangnya azan maghrib. Jarak antara Ringlet dan Tanah Rata kurang lebih 13 km, jalan yang berliku - liku dan selekoh - selekoh yang merbahaya terutama apabila hari hujan dan waktu malam yang gelap gelita tanpa sebarang lampu jalan. Suntikan rohani malam itu memberi kesan pada jiwa. Mentadabur surah Luqman dan membincangkan ghulam dakwah. Ia memberi motivasi untuk membina diri ini menjadi insan yang menyeru kepada kebenaran dan keagungan Ilahi.



Jam 11 malam, aku memandu seorang diri pulang ke Ringlet. Sunyi sepi jalan raya bertemankan hujan lebat dan hutan tebal kiri dan kanan jalan. Sesekali terjumpa batang - batang kaya yang melintangi jalan. Batu - batu dari bukit ada yang tergolek ke tengah jalan tatkala menyusuri kawasan tanah gelongsor. Hujan lebah sampai ke pagi rupanya.



9 Oktober 2008 (Khamis)



Jam di telefon bimbit berdering pada pukul 5.30 pagi. Aku bergegas menyucikan diri untuk sujud menyukuri nikmat iman , islam dan kehidupan kurniaan Allah. Tiga lapis pakaian melekap ditubuhku. Topeng muka dan sarung tangan tebal ku capai. Kini aku seolah - olah seperti orang Eskimo di kutub. Aduh, sejuk pagi menusuk hingga ke tulang. Apatah lagi akan menumpuh perjalanan yang pasti lebih mencabar dari semalam dengan menaiki motosikal di pagi hari yang masih gelap.




Jam 6.30 pagi, aku bersama teman - teman berkonvoi ke sekolah. Benar sangkaan ku, perjalanan hari ini jauh lebih mencabar. Ada ketika kami tergolek di atas jalan yang berlumpur dek jalan yang amat licin. Ada tempat - tempatnya, hampir separuh tayar motosikal tenggelam di dalam lumpur. Aduh, ini lah yang terpaksa ku lalui. Tak keluar, rindukan pada usrah. Apa pun, kesukaran ini juga adalah suatu tarbiyah. Tarbiyah dzatiyah mendidik kesabaran jiwa dalam perjuangan. Ada ketika aku terpaksa mengusung motosikal untuk melewati batang - batang balak di perjalanan. Aduh..sakit badan jugak. Tapi, apakan daya demi dakwah dan mencurahkan ilmu buat insan - insan seagama... Pagi tu aku tiba di sekolah jam 8.30 pagi...2 jam perjalanan bermandikan lumpur di pedalaman.



Ikhwah akhwat yang dalam kesenangan, jangan sesekali abaikan usrah. Didiklah jiwa untuk mencintai proses tarbiyah. Mungkin hari ini kita masih senang lenang, tapi kita alpa..Sepatutnya, dalam kesenangan di luar sana, dakwah harus lebih mekar dan terserlah..Tidak ada usrah yang mati !


Mohd Fairuz Jafar
Cameron Highland

Sunday 5 October 2008

Marilah Temanku...

Teman - teman...
Mungkin sebelum ini...
Kita pernah..
Terlanjur kata..
Terkasar bahasa...
Terlanjur dalam tindakan..

Mungkin...
Sebelum ini..
Kita pernah melampai batas..
Hidup penuh dengan dosa...

Teman..
Tapi Allah Maha Kaya..
Masih sayang dan cinta akan kita..

Ayuh teman..
Mari kita bersama..
Bersama bertaubat nasuha..
Mohon keampunan dari Sang Pencipta..
Moga ada ruang...
Untuk ke syurga...

Nukilan :
Mohd Fairuz Jafar