Oleh: Dr. Anisah Abd. Ghani
Sedari kecil lagi kita dibuai dan didodoi oleh ibu tersayang dengan dodoian dan lagu kasih sayang permata hatinya, tanpa lagu dan dodoian ibu si kecil susah nak tidur. Apabila kita masuk sekolah kita di ajar pula dengan lagu bek bek kambing hitam adakah bulu?, Apabila besar sedikit kita telah pandai menyanyi lagu negara ku. Setelah meningkat remaja mula menyanyikan lagu lagu cinta. Apabila mencecah usia emas, lagu lagi instrumental nostalgia menjadi pilihan. Jadi kehidupan kita akan merasa sunyi tanpa irama dan lagu. Terasa pincang jika irama dan lagu dipisahkan dalam rutin harian kehidupan.
Apakah hukum memainkan alat muzik itu harus?. Apakah mendengar muzik dalam bentuk instumental tanpa nyanyian itu haram? Apa pula hukumnya mendengar muzik beserta nyanyian ? Bagaimana pula mendengar nyanyian bersilang jantina? Seterusnya kalau mendengar muzik dan nyanyian itu diharuskan apakah ia boleh dikira sebagai ibadah sehingga seorang yang mendengar muzik dan nyanyian akan mendapat ganjaran pahala? Pastinya sebagai sumber hukum dalam sebuah agama yang lengkap dan sesuai untuk semua tempat, orang dan zaman, Al Quran tidak mengabaikan walau sedikit pun urusan manusia. Pasti ada hukumnya. Begitu juga dengan mengenai persoalan persoalan diatas.
Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagiakan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian, kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik, tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri dan lupa Allah?. Ataukah ia merangsang pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan ketakwaan kepada Allah.
Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus. Jadinya hukum asal menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetikkah, dipukul kah, di gesek kah di tiupkah atau lainnya. Yang mengharam atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak, lagu dan irama. Kadangkala alat muzik dimainkan dengan iringan penyanyi Dalam hubungan ini selain daripada bentuk rentak, lagu dan irama, cara persembahan penyanyi dan lirik nyanyian juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang mengghairahlkan, meransang nafsu dan syahwat, sehingga lupa diri dan Allah,Ia tidak diharuskan.
Begitu juga lirik lagu yang lucah, memuji sesuatu yang haram, mengagungkan syaitan dan syawat dan cinta berahi yang keterlauan, ungkapan ungkapan syirik dan kufur, lirik-lirik yang bercanggah dengan semangat syariat maka hukumnya haram. Mendengar muzik berlaku dalam berbagai bentuk, mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi.
Hukum asal mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi adalah ‘harus’ tetapi ‘beryarat’. Syaratnya ialah rentak, irama, lagu dan liriknya tidak melalaikan, mengkhayalkan, membawa kepada lupa diri dan lupa Allah. Persembahan dan penampilan penyanyi juga mestilah menutup aurat dan geraknya tidak menghairahkan pendengar dan penonton.
Selain dari sifat muzik, rentak, irama, lirik, cara dan perlakuan sipendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlauan yang melampau, ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum harus mendengar muzik kepada haram. Ia telah termasuk kepada perbuatan sia-sia dan boleh mendatangkan kesan kesan yang negatif. Pendengar akan tergoda, terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan senikata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi. Keadaan hukum ’harus’ mendengar muzik, nyanyian dan menonton persembahan penyanyi boleh di simpulkan seperti berikut:
1. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotik contohnya rentak ‘march’.
2. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meniupkan rasa keinsfan, sedar diri, mengenang kebesaran Allah dan menuju ketakwaan kepada Allah.
3. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya dapat menenang jiwa, menghilangkan tekanan perasan, mengenyahkan kebosanan serta mengembalikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi . Jadi bolehkah mendengar muzik itu menjadi ibadah?
Untuk semua perbuatan boleh di kira sebagi ibadah ia mestilah memenuhi syarat syarat berikut:
1. Perbuatan itu diterima syarak
2. Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbutan itu dilakukan ikhlas kerana Allah
4. Perbuatan itu dilakukan oleh muslim Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan dengan rentak, irama, lagu dan liriknya, selagi memenuhi empat syarat di atas ia boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala.
Sekiranya ia tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia sia dan dilarang disisi syarak.
[Penulis adalah seorang pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Malaya)
Penulisan ahli ahli wanita JIM di Berita Harian dalam kolumn Wadah Wanita Islam setiap Rabu. Salah satu projek Dakwah Bil Qalam Wanita JIM
Thursday, 24 January 2008
Friday, 18 January 2008
ANCAMAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA !
Jika kalian ingin mengetahui apakah FTA, boleh rujuk artikel yang ana masukkan di blog ini sebelum ini.
Dipetik dari Harakah Daily ;
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah sekeras-kerasnya perundingan perejanjian perdagangan bebas 'Free Trade and Agreements (FTA) di antara Malaysia dan Amerika (AS) yang kini diteruskan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jelas dasar terbuka yang terlalu luas kepada AS sangat bahaya buat Malaysia kerana kesan kepada pengusaha kecil dan sederhana termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menghadapi saingan yang tidak adil.
"Kerajaan jangan mengambil sikap berahsia dalam perundingan ini. Rakyat berhak untuk mengetahui kenapa perundingan ini diteruskan.
"Kita kesal terhadap sikap kerajaan yang sehingga ini tidak mahu mendengar protes rakyat dalam hal yang akan merugikan rakyat jika AS dibenar untuk masuk ke pasaran ini tanpa had," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.
Katanya kenyataan James R.Keith, wakil perdagangan AS yang menyatakan bahawa sasaran utama FTA Malaysia - AS ialah sektor perolehan kerajaan membuktikan AS benar-benar mahu masuk dalam tender kerajaan yang selama ini telah dapat membantu usahawan tanah air khususnya bumiputera. AS katanya sememangnya ingin menguasai sebanyak mungkin sektor di negara ini atas alasan ia akan membantu pertumbuhan ekonomi di negara ini.
Terdahulu Ogos tahun lalu berhadapan gedung dan pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman menyaksikan sebilangan rakyat berdemonstrasi melaungkan dan menjerit marah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Rafidah Aziz kerana masih meneruskan usaha rundingan 'Free Trade Agreement' (FTA) dengan Amerika yang dilihat sebagai satu usaha menjajah di samping menindas rakyat negara ini.
Demonstrasi yang bermula di Dataran Merdeka itu dianjurkan oleh Gabungan Rakyat Malaysia Membantah FTA Amerika- Malaysia yang terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGo seperti Teras, Gerakan Mansuh ISA (GMI),Jerit, Suaram, wakil Mahasiswa, komuniti penduduk setinggan, pekerja ladang, pekerja kilang termasuk wakil-wakil daripada PAS, Parti Sosialis Malaysia, KeADILan.
Kelihatan ketika itu sepanduk-sepanduk dan kain rentang bertulis ' Jahaman Amerika','Jangan telanjangkan rakyat Malaysia' dan 'Jangan Biar Amerika jajah Malaysia' adalah antara slogan yang mewarnai dan menyemarakkan suasana malah biarpun terik matahari memancar orang ramai kelihatan tidak berganjak daripada lokasi tersebut.
Dalam pada itu sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan para peserta dan khalayak ramai pagi tadi, Azmi menyelar sikap pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan nasib rakyat yang bakal tertindas akibat daripada perjanjian FTA ini. "Kami bantah sekeras-kerasnya dan akan melakukan tindakan yang lebih keras sekiranya Malaysia tidak berundur dan membatalkan perjanjian itu," dan tambahnya lagi " dan ternyata rundingan FTA ini menunjukkan ada tali barut dalam kerajaan Malaysia!" katanya tegas. "Dan kita kutuk perjanjian ini. Rafidahlah bertanggungjawab dan dia adalah agen Amerika!" katanya sambil disambut sorak oleh para peserta demonstarsi.
Kata Azmi lagi, rakyat Malaysia tidak rela sekali lagi dijajah setelah 50 tahun Merdeka dan rundingan FTA ini merupakan bentuk penjajahan baru yang bakal menggadaikan kedaulatan negara. "Kita tidak mahu berundur ke belakang dan Malaysia dibawa ke zaman penjajahan semula," kata Arutchelvan Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia yang turut memberi ucapannya ketika demonstrasi tersebut.
"Rafidah Agen Amerika!"Jahanam Jahanam Amerika!","Pak Lah Tidur!" adalah antara laungan orang ramai termasuk peserta demostrasi yang kelihatan benci dengan sikap pemimpin negara yang tidak langsung membela rakyat yang semakin tertindas tetapi bertindak demi mengaut keuntungan peribadi.
Gerakan Anti dan membantah FTA ini tidak hanya berlaku di Malaysia malah di negara-negara yang turut mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat seperti di Thailand, lebih 50,000 rakyatnya berdemonstrasi di Bangkok.
Menurut risalah Jerit yang diedarkan kepada orang ramai pada waktu itu,ketika perbincangan FTA kedua dijalankan, lebih kurang 50,000 rakyat Korea telah membanjiri jalan raya kerana membantah tindakan kerajaan mereka manakala di Equador dan Miami turut berlaku siatuasi amarah rakyat membantah kerajaan mereka membantah rundingan FTA ini.
"Teras mendesak agar perundingan FTA ini dihentikan sama sekali dan pihak kerajaan meneruskan perdagangan dengan AS seperti yang sedia ada tanpa perlu mengikat dengan perjanjian yang akan menjebak Malaysia dalam kawalan AS yang merbahaya dalam jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan media tersebut

Saturday, 12 January 2008
Sekadar Nak Kongsi...
Ini adalah perkongsian yang ana tulis di dalam karisma-operasi.
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat penggerak perjuangan Islam. Moga Allah sentiasa memberkati kita dan sentiasa meredhai setiap gerak kerja kita demi melihat sinar Islam kembali menyuluhi pelusuk dunia.
Ada pepatah menyatakan, langkah yang ke seribu bermula dengan langkah yang satu. Jika langkah pertama tidak dimulakan, manakan ingin menjangkau langkah yang ke seribu. Begitu juga kita para penggerak dakwah, biarpun pada peringkat awal, mungkin jumlah kita sedikit, apatah lagi pelbagai cabaran menimpa untuk menanggung segala mehnah dan tribulasi dalam menggerakkan usaha-usaha mendaulatkan agama Allah. Sirah perjuangan Rasul SAW menjadi motivasi yang cukup bermakna bagi penggerak dakwah. Kesusahan yang di alami oleh Baginda Rasul ketika awal Islam lebih hebat tentangannya daripada apa yang kita alami. Begitu juga nilai istiqamah para sahabat yang rata - ratanya terdiri dari golongan pemuda menjadi satu "booster" kepada kita seandainya kita menghayati dengan sepenuh jiwa laluan dakwah mereka. Moga Allah sentiasa merahmati mereka.InsyaAllah.
Alhamdulllah, hari cuti minggu. Semalam bersama usrah adik2 junior di kolej ini. Dan pagi ini kami adakah riadah bersama. Ini lah kali pertama kami adakan riadah bersama untuk semester ini yang baru bermula sejak dua minggu lepas. Alhamdulillah, sedikit usaha ini menampakkan kesungguhan adik2 untuk menggerakkan usaha2 dakwah. Bagaimana dalam usrah mingguan pun, setiap kali usrah ada pertambahan mad'u baru. Ahamdulillah, dari dua minggu lepas yang mana telah dua kali usrah di jalankan sudah ada pertambahan 3 mad'u baru. Dan pada pagi ini, riadah yang kami jalankan beberapa orang pelajar yang belum join usrah pun turut serta dan merasai betapa eratnya hubungan silaturahmi dalam amal jamaie. Kami pagi tadi berjongging kurang lebih 4km dari jam 7.20 pagi hingga jam 9.00 pagi. Dan aktiviti ini ana jemput sahabat ana, seorang pelajar yang cekap dlm physical education untuk memimpin kami. Walaupun dia belum lagi bersama halaqah usrah, tapi insyaAllah moga2 satu ketika akan bersama dengan kita. Malah aktiviti kami ini juga, kami mempelawa sahabat yang non muslim utk bersama dengan matlamat memahami ikatan ukhwah dalam persaudaran Islam. Moga2 ia menjadi salah satu agenda dalam dakwah masyarakat majmuk di kampus yang kecil ini.
Aktiviti kami pagi ini menjadi perhatian bangsa-bangsa lain yang berlainan agama dengan kita. Pendekatan yang lebih Islamic dan menyerlahnya gambaran ukhwah fillah membuatkan mereka turut bersama kami melakukan aktiviti riadah bersama kami di taman rekreasi Bukit Dumbar. Alhamdulillah.
InsyaAllah, cita-cita kami, seluruh masyarakat kampus akan bersama dengan kami. Dan adik2 ikhwah yang istiqamah ini menjadi model kepada pelajar2 lain dalam merencana nilai-nilai hidup yang lebih unggul untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.
Sekadar ini sahaja perkongsian dari ana dari kampus Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (i4p). Teruskan gerak kerja kita. FIDAK 2015 indaman kita. Moga2 kita menikmati KEINDAHAN BERSAMA ALLAH, RASUL, IBU BAPA DAN TEMAN2.
Salam ukhwah, salam 3S, salam PERJUANGAN. SALAM KEINDAHAN BERSAMA MU...
ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

Subscribe to:
Posts (Atom)